STRATEGI SAYA UNTUK MENCAPAI BAND 4 DAN 5 DALAM MUET
Ini
adalah bahagian yang merupakan punca segala cabaran.
Sebahagian besar markah MUET datangnya dari Kertas 3 dan Kertas 4 yang berjumlah 210 markah, iaitu 70% dari 300 markah penuh. Matlamatnya ialah calon perlu mencapai 65% dari Kertas 3 iaitu 78 markah dan 65% dari Kertas 4 iaitu 58.5 markah.
Jumlah skor bagi kedua-dua kertas ialah 136.5 markah. Maka pelajar hanya perlu memperolehi 43.5 atau 48.33% markah lagi dari Paper 1 dan Paper 2, untuk mencapai 180 markah atau Band 4!
Pengkhususan sasaran seperti di atas adalah yang paling mampu dilakukan oleh kebanyakan pelajar yang penguasaan Bahasa Inggerisnya agak rendah; contohnya pencapain gred B dan C dalam SPM.
Pengkhususan sasaran seperti di atas adalah yang paling mampu dilakukan oleh kebanyakan pelajar yang penguasaan Bahasa Inggerisnya agak rendah; contohnya pencapain gred B dan C dalam SPM.
Strategi
untuk menguasai PAPER 3
1.
Kandungan
PAPER 3:
45
soalan objektif yang terbit dari 6 petikan-petikan pelbagai genre yang diambil
dari pelbagai artikal yang terdapat dalam akhbar-akhbar, majalah dan
periodikal. Hampir semua petikan-petikan tersebut adalah tentang isu-isu
semasa. Didik dan galakkan para pelajar supaya membaca isu-isu semasa dengan
mengajukan soalan-soalan tentang isu semasa setiap kali sebelum memulakan sesi
PdPc supaya mereka sentiasa peka dengan isu semasa.
Dari manakah punca bahan-bahan yang mengandungi isu
semasa?
a)
Akhbar
b)
Majalah
c)
Periodikal
d) Newsletter
Untuk memastikan ini berlaku, pelajar harus
melanggan akhbar, majalah, periodikal dan newsletter. Adakah ini boleh
dilakukan oleh pelajar? Saya pernah cuba melanggan akhbar The New Straits Times
tetapi ianya hanya bertahan selama beberapa bulan. Alasan pelajar ialah mereka
tak mampu melanggan setiap hari dan tidak lancar membaca untuk menghabiskan isi
kandungan akhbar tersebut setiap hari. Pada mereka ia agak membazir walaupun
saya berjaya mendapatkan harga langganan iaitu 60 sen (separuh harga) kerana
saya membuat langganan lebih 50 naskah setiap hari. Kalau ini pun mereka tidak
mampu, masakan mereka mampu membeli dan membaca bahan-bahan bacaan yang lain.
Dalam bulan November 2012, saya telah
mendapat ilham dari tontonan video you tube bertajuk ‘Harness You Student’s
Digital Smart’. Seorang guru dan pengarah IT dari Westwood Schools, South
Georgia, USA telah berjaya meningkatkan minat dan pencapaian pelajarnya melalui
internet. Beliau telah membina blog khas yang diberi nama ‘Coolcatteacher’ untuk
menampung keperluan pelajar beliau di mana saja dan pada bila-bila masa. Blog
ini telah memenangi The World’s Best Educational Blog.
Apa pun, mencapai matlamat menyediakan bahan maklumat yang luas dan pelbagai adalah sangat kritikal dalam PdPc. Ramai guru gagal menyediakan bahan maklumat yang melimpah ruah pada pelajar. Banyak bergantung kepada buku teks atau bahan cetakan berkala menyebabkan pembelajaran agak terbantut atau kurang berkembang. Eksploitasi bahan amat terhad, renyah dan lambat. Saya masih ingat suatu ketika dulu, Berita Harian menganjurkan Program Akhbar Dalam Darjah (ADD) di mana antara lain menyediakan para pelajar dengan kaedah menggunakan keratan akhbar di dalam kelas. Bayangkanlah apabila kelas memerlukan akhbar yang banyak untuk dikongsi dalam kumpulan. Proses menggunting dan melekatkan bahan-bahan di dalam akhbar ke dalam buku latihan memerlukan masa yang banyak dan renyah (tedious). Bahan-bahan tersebut akan lupus dan tidak boleh digunakan berulang kali. Istilah gunting dan lekat secara manual atau maujud sudah tidak relevan lagi. Pada masa kini, kaedah‘cut and paste’ secara maya lebih banyak digunakan.
Mengambil idea ini sebagai panduan, saya mula
membina sebuah Educational Blog yang bernama muetirshadway.blogspot.com pada
tahun 2013. Blog ini dibina atas keperluan pelajar untuk membaca secara meluas
pada bila-bila masa dan dimana saja. Yang paling penting ialah ianya diupdate
sendiri oleh penerbit dan bahan bacaannya meluas; hampir tiada hadnya!
Dari blog ini, saya memuatkan artikel-artikel yang
bersangkutan dengan pendidikan dari pelbagai genre. Selain itu, saya membuat
banyak pautan yang membawa para pelajar untuk menikmati bacaan yang meluas dari
pelbagai akhbar tempatan dan luar negara. Pautan-pautan juga merangkumi
majalah-majalah tersohor seperti Reader’s Digest, Newsweek dan Times.
Baru-baru ini, saya telah menukar alamat blog ini
kepada:
roslimuetmegastation.blogspot.com
Apa yang boleh dibantu oleh blog ini dalam PdPc?
Bagi saya blog ini banyak membantu dari segi perolehan bahan yang banyak dan
tidak terhad penggunaannya. Sebagai contoh:
roslimuetmegastation.blogspot.com
Bahan dari blog ini boleh terus digunakan sebagai
bahan rujukan dan pembelajaran dalam kelas seperti dibawah ini;
Bahan ini boleh dieksploitasi dengan mudah sebagai
ulangkaji atau soalan formatif. Gambarajah seperti di atas boleh diakses dalam
pos yang dihantar pautannya kepada pelajar. Bahan-bahan relevan yang terkini
boleh diperolehi dengan mudah dan boleh digunakan berkali-kali.
Contohnya,
keratan dari akhbar New Straits Times ini diambil untuk tujuan pembacaan dan
perbincangan.
Keratan akhbar New Straits Times boleh dieksploitasi
sebagai bahan bacaan dan perbincangan. Ia juga boleh digunakan sebagai bahan
untuk meningkatkan kosakata pelajar contohnya, tiga perkataan di atas. Ini
dapat dilakukan tanpa menggunakan kertas. Ianya boleh dijadikan word-file dan
dihantar ke kumpulan whats application untuk dikongsi sebagai aktiviti lanjutan
di luar waktu persekolahan.
Strategi W.A.L.L. (Web-Assisted Language Learning; Kajian Tindakan bagi MUET tahun 2012/2013) boleh pergi lebih jauh dari itu;
pautan-pautan tambahan untuk membantu fonologi dan semantik boleh membantu
pelajar semasa ketiadaan guru. Pembelajaran akan terus berlaku dengan otonomi
pelajar dalam mendapatkan info dengan bimbingan dan arahan yang tepat.
Paparan
di atas menunjukkan para pelajar boleh belajar secara online melalui (pautan)
dashboard MUET sekolah.
Kepentingan Sumber
Maklumat Dalam Minda
Isi atau maklumat datang dari kosakata konten
(content word). Kosakata struktur pula adalah pembentuk atau struktur binaan
ayat. Jika pelajar menguasai konten dengan pembacaan yang meluas, dia dengan
secara tidak langsung menguasai perkataan yang banyak dalam konteks yang
berbeza. Apa yang membentuk pengetahuan pelajar adalah sebenarnya ‘makna’
mengikut konteks; yakni lebih banyak maklumat yang ada dalam minda pelajar,
lebih banyak bidang ilmu yang boleh dikuasainya. Penguasaan bidang pengetahuan yang luas
membolehkan seseorang pelajar itu memahami kebanyakan disiplin ilmu. Maklumat
atau pengetahuan adalah perujuk semantik
(semantic referrer) kepada maklumat baru yang bakal dikuasai. Apa yang ingin
saya rumuskan di sini ialah, pembacaan yang meluas (quest for inquiry) adalah
menjadi faktor utama kepada penguasaan maklumat asas bagi setiap bidang
pengetahuan yang ingin diketahui. Apa pun, mencapai matlamat menyediakan bahan maklumat yang luas dan pelbagai adalah sangat kritikal dalam PdPc. Ramai guru gagal menyediakan bahan maklumat yang melimpah ruah pada pelajar. Banyak bergantung kepada buku teks atau bahan cetakan berkala menyebabkan pembelajaran agak terbantut atau kurang berkembang. Eksploitasi bahan amat terhad, renyah dan lambat. Saya masih ingat suatu ketika dulu, Berita Harian menganjurkan Program Akhbar Dalam Darjah (ADD) di mana antara lain menyediakan para pelajar dengan kaedah menggunakan keratan akhbar di dalam kelas. Bayangkanlah apabila kelas memerlukan akhbar yang banyak untuk dikongsi dalam kumpulan. Proses menggunting dan melekatkan bahan-bahan di dalam akhbar ke dalam buku latihan memerlukan masa yang banyak dan renyah (tedious). Bahan-bahan tersebut akan lupus dan tidak boleh digunakan berulang kali. Istilah gunting dan lekat secara manual atau maujud sudah tidak relevan lagi. Pada masa kini, kaedah‘cut and paste’ secara maya lebih banyak digunakan.
No comments:
Post a Comment