Translate

Tuesday 24 October 2017


STRATEGI SAYA UNTUK MENCAPAI BAND 4 DAN 5 DALAM MUET
Perkara Pokok
Ini adalah bahagian yang merupakan punca segala cabaran.
 Sebahagian besar markah MUET datangnya dari Kertas 3 dan Kertas 4 yang berjumlah 210 markah, iaitu 70% dari 300 markah penuh. Matlamatnya ialah calon perlu mencapai 65% dari Kertas 3 iaitu 78 markah dan 65% dari Kertas 4 iaitu 58.5 markah.
Jumlah skor bagi kedua-dua kertas ialah 136.5 markah. Maka pelajar hanya perlu memperolehi 43.5 atau 48.33% markah lagi dari Paper 1 dan Paper 2, untuk mencapai 180 markah atau Band 4!

Pengkhususan sasaran seperti di atas adalah yang paling mampu dilakukan oleh kebanyakan pelajar yang penguasaan Bahasa Inggerisnya agak rendah; contohnya pencapain gred B dan C dalam SPM.  

Strategi untuk menguasai PAPER 3
1.      Kandungan PAPER 3:
45 soalan objektif yang terbit dari 6 petikan-petikan pelbagai genre yang diambil dari pelbagai artikal yang terdapat dalam akhbar-akhbar, majalah dan periodikal. Hampir semua petikan-petikan tersebut adalah tentang isu-isu semasa. Didik dan galakkan para pelajar supaya membaca isu-isu semasa dengan mengajukan soalan-soalan tentang isu semasa setiap kali sebelum memulakan sesi PdPc supaya mereka sentiasa peka dengan isu semasa.
Dari manakah punca bahan-bahan yang mengandungi isu semasa?
a)      Akhbar
b)      Majalah
c)      Periodikal
d)      Newsletter
Untuk memastikan ini berlaku, pelajar harus melanggan akhbar, majalah, periodikal dan newsletter. Adakah ini boleh dilakukan oleh pelajar? Saya pernah cuba melanggan akhbar The New Straits Times tetapi ianya hanya bertahan selama beberapa bulan. Alasan pelajar ialah mereka tak mampu melanggan setiap hari dan tidak lancar membaca untuk menghabiskan isi kandungan akhbar tersebut setiap hari. Pada mereka ia agak membazir walaupun saya berjaya mendapatkan harga langganan iaitu 60 sen (separuh harga) kerana saya membuat langganan lebih 50 naskah setiap hari. Kalau ini pun mereka tidak mampu, masakan mereka mampu membeli dan membaca bahan-bahan bacaan yang lain.
         Dalam bulan November 2012, saya telah mendapat ilham dari tontonan video you tube bertajuk ‘Harness You Student’s Digital Smart’. Seorang guru dan pengarah IT dari Westwood Schools, South Georgia, USA telah berjaya meningkatkan minat dan pencapaian pelajarnya melalui internet. Beliau telah membina blog khas yang diberi nama ‘Coolcatteacher’ untuk menampung keperluan pelajar beliau di mana saja dan pada bila-bila masa. Blog ini telah memenangi The World’s Best Educational Blog.


Mengambil idea ini sebagai panduan, saya mula membina sebuah Educational Blog yang bernama muetirshadway.blogspot.com pada tahun 2013. Blog ini dibina atas keperluan pelajar untuk membaca secara meluas pada bila-bila masa dan dimana saja. Yang paling penting ialah ianya diupdate sendiri oleh penerbit dan bahan bacaannya meluas; hampir tiada hadnya!
Dari blog ini, saya memuatkan artikel-artikel yang bersangkutan dengan pendidikan dari pelbagai genre. Selain itu, saya membuat banyak pautan yang membawa para pelajar untuk menikmati bacaan yang meluas dari pelbagai akhbar tempatan dan luar negara. Pautan-pautan juga merangkumi majalah-majalah tersohor seperti Reader’s Digest, Newsweek dan Times.
Baru-baru ini, saya telah menukar alamat blog ini kepada:
roslimuetmegastation.blogspot.com

Apa yang boleh dibantu oleh blog ini dalam PdPc? Bagi saya blog ini banyak membantu dari segi perolehan bahan yang banyak dan tidak terhad penggunaannya. Sebagai contoh:


Bahan dari blog ini boleh terus digunakan sebagai bahan rujukan dan pembelajaran dalam kelas seperti dibawah ini;
  
Bahan ini boleh dieksploitasi dengan mudah sebagai ulangkaji atau soalan formatif. Gambarajah seperti di atas boleh diakses dalam pos yang dihantar pautannya kepada pelajar. Bahan-bahan relevan yang terkini boleh diperolehi dengan mudah dan boleh digunakan berkali-kali.

Contohnya, keratan dari akhbar New Straits Times ini diambil untuk tujuan pembacaan dan perbincangan.


Keratan akhbar New Straits Times boleh dieksploitasi sebagai bahan bacaan dan perbincangan. Ia juga boleh digunakan sebagai bahan untuk meningkatkan kosakata pelajar contohnya, tiga perkataan di atas. Ini dapat dilakukan tanpa menggunakan kertas. Ianya boleh dijadikan  word-file dan dihantar ke kumpulan whats application untuk dikongsi sebagai aktiviti lanjutan di luar waktu persekolahan.
Strategi W.A.L.L. (Web-Assisted Language Learning; Kajian Tindakan bagi MUET tahun 2012/2013) boleh pergi lebih jauh dari itu; pautan-pautan tambahan untuk membantu fonologi dan semantik boleh membantu pelajar semasa ketiadaan guru. Pembelajaran akan terus berlaku dengan otonomi pelajar dalam mendapatkan info dengan bimbingan dan arahan yang tepat.
  


Paparan di atas menunjukkan para pelajar boleh belajar secara online melalui (pautan) dashboard MUET sekolah.
Kepentingan Sumber Maklumat Dalam Minda
Isi atau maklumat datang dari kosakata konten (content word). Kosakata struktur pula adalah pembentuk atau struktur binaan ayat. Jika pelajar menguasai konten dengan pembacaan yang meluas, dia dengan secara tidak langsung menguasai perkataan yang banyak dalam konteks yang berbeza. Apa yang membentuk pengetahuan pelajar adalah sebenarnya ‘makna’ mengikut konteks; yakni lebih banyak maklumat yang ada dalam minda pelajar, lebih banyak bidang ilmu yang boleh dikuasainya. Penguasaan bidang pengetahuan yang luas membolehkan seseorang pelajar itu memahami kebanyakan disiplin ilmu. Maklumat atau pengetahuan adalah  perujuk semantik (semantic referrer) kepada maklumat baru yang bakal dikuasai. Apa yang ingin saya rumuskan di sini ialah, pembacaan yang meluas (quest for inquiry) adalah menjadi faktor utama kepada penguasaan maklumat asas bagi setiap bidang pengetahuan yang ingin diketahui.

        Apa pun, mencapai matlamat menyediakan bahan maklumat yang luas dan pelbagai adalah sangat kritikal dalam PdPc. Ramai guru gagal menyediakan bahan maklumat yang melimpah ruah pada pelajar. Banyak bergantung kepada buku teks atau bahan cetakan berkala menyebabkan pembelajaran agak terbantut atau kurang berkembang. Eksploitasi bahan amat terhad, renyah dan lambat. Saya masih ingat suatu ketika dulu, Berita Harian menganjurkan Program Akhbar Dalam Darjah (ADD) di mana antara lain menyediakan para pelajar dengan kaedah menggunakan keratan akhbar di dalam kelas. Bayangkanlah apabila kelas  memerlukan akhbar yang banyak untuk dikongsi dalam kumpulan. Proses menggunting dan melekatkan bahan-bahan di dalam akhbar ke dalam buku latihan memerlukan masa yang banyak dan renyah (tedious). Bahan-bahan tersebut akan lupus dan tidak boleh digunakan berulang kali. Istilah gunting dan lekat secara manual atau maujud sudah tidak relevan lagi. Pada masa kini, kaedah‘cut and paste’ secara maya lebih banyak digunakan.