Pengupayaan sekolah sebagai institusi
yang mempunyai otonomi
Oleh: Mohd Rosli bin Saidin (15 Januari 2017)
Sebagai seorang pendidik,
sepanjang cuti sekolah yang lalu saya telah banyak berfikir tentang peranan
sekolah sebagai sebuah instiusi di mana pelbagai aktiviti yang yang berkaitan
dengan dengan pendidikan berlaku. Sekolah bukan sahaja sebuah tempat di mana
berlakunya pengajaran dan pembelajaran bahkan sekolah juga boleh diupayakan
untuk menjadi pusat berlakunya inovasi
pendidikan dan penghasilan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang
bermutu.
Selama ini sekolah hanya menjadi
pusat aktiviti pengajaran dan pembelajaran manakala penghasilan bahan-bahan
seperti buku-buku dan modul-modul dihasilkan oleh syarikat-syarikat penerbitan
swasta dan universiti. Tak cuckup dengan itu, sekolah lebih merupakan pelaksana
falsafah dan pelan pendidikan yang telah dirancang oleh bahagian perancangan
induk di Kementerian Pendidikan dan Pusat Perkembanagan Kurikulum. Kita pada hakikatnya
memang maklum dan arif tentang sukatan pelajaran bahagian masing-masing.
Ujudnya sukatan pelajaran adalah hasil perbincangan para cerdik-pandai
pendidikan di institusi-institusi pendidikan di seluruh negara. Oleh itu sudah
tiba masanya kita menulis, menyusun dan menerbitkannya sendiri. Kosnya tidaklah
perlu difikirkan sangat kerana ianya amat murah!
Seorang pendidik yang
berpengalaman boleh menghasilkan mushaf ilmu yang relevan dan berkesan jika
diberi latihan yang cukup tentang penerbitan. Kita tidak hanya bercakap tentang
buku yang diperbuat daripada kertas yang dijilid tetapi buku-buku elektronik yang
boleh dibaca dan diakses di mana-mana sahaja. Sebuah buku elektronik di alam
siber boleh diakses, dibaca dan diekslpoitasi isinya serta boleh dikongsi dengan
sesiapa sahaja di seluruh dunia! Bunyinya hebat tetapi ianya benar!
Berbalik kita kepada soal sekolah
menjadi pusat penghasilan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran. Langkah
pertama ke arah ini adalah dari Jawatankuasa Kurikulum sekoah melalui Panitia
Mata pelajaran masing-masing. Jawatankuasa Kurikulum boleh memulakan inisiatif
mengadakan bengkel-bengkel penghasilan bahan-bahan pembelajaran yang bermutu.
Bahan-bahan yang dihasilkan boleh dicetak sekali sahaja untuk simpanan rujukan
dan arkib. Naskah-naskah seterusnya hendaklah dimuatnaik ke dalam laman web
atau blog yang yang kapasitinya disokong oleh Google drive atau Google cloud
yang boleh diakses melalui komputer riba, tablet, desktop atau telefon pintar.
Faktor gaya hidup kini telah
menyebabkan kita lebih banyak berdamping dengan telefon bimbit daripada
buku-buku atau bahan cetakan. Oleh itu untuk mendekati Generasi Z ini, kita
perlu menurut gaya hidup mereka. Sekolah boleh menjadi agen kepada pembangunan bahan
PdP (yang sekarang ini disebut sebagai PdPC) melalui maklumbalas yang diterima oleh PPD dan JPN. Pembangunan sekolah
akan lebih komprehensif dan berhalatuju. Keperluan sekolah akan ditanggung oleh warga sekolah itu sendiri mengikut apa yang telah dirancang contohnya:
1.0 Pembangunan Akademik
1.1
Binaan bahan pengajaran dan pembelajaran
-
Cetakan
-
Maya
1.1.1 Cetakan –
modul/panduan (comb-binding)
--soalan-soalan
1.1.2 Maya --modul/panduan (laman web atau blog)
--soalan-soalan
2.0 Pembangunan Ko-akademik
2.1 Binaaa bahan-bahan aktiviti etos iaitu modul ucap umum
dalam Bahasa Melayu, Bahasa
Arab dan Bahasa Inggeris
Arab dan Bahasa Inggeris
2.1.1 Cetakan -
modul/panduan
-
contoh-contoh teks
2.1.2 Maya - modul/panduan
- Contoh-contoh teks
No comments:
Post a Comment