Translate

Tuesday, 24 October 2017


STRATEGI SAYA UNTUK MENCAPAI BAND 4 DAN 5 DALAM MUET
Perkara Pokok
Ini adalah bahagian yang merupakan punca segala cabaran.
 Sebahagian besar markah MUET datangnya dari Kertas 3 dan Kertas 4 yang berjumlah 210 markah, iaitu 70% dari 300 markah penuh. Matlamatnya ialah calon perlu mencapai 65% dari Kertas 3 iaitu 78 markah dan 65% dari Kertas 4 iaitu 58.5 markah.
Jumlah skor bagi kedua-dua kertas ialah 136.5 markah. Maka pelajar hanya perlu memperolehi 43.5 atau 48.33% markah lagi dari Paper 1 dan Paper 2, untuk mencapai 180 markah atau Band 4!

Pengkhususan sasaran seperti di atas adalah yang paling mampu dilakukan oleh kebanyakan pelajar yang penguasaan Bahasa Inggerisnya agak rendah; contohnya pencapain gred B dan C dalam SPM.  

Strategi untuk menguasai PAPER 3
1.      Kandungan PAPER 3:
45 soalan objektif yang terbit dari 6 petikan-petikan pelbagai genre yang diambil dari pelbagai artikal yang terdapat dalam akhbar-akhbar, majalah dan periodikal. Hampir semua petikan-petikan tersebut adalah tentang isu-isu semasa. Didik dan galakkan para pelajar supaya membaca isu-isu semasa dengan mengajukan soalan-soalan tentang isu semasa setiap kali sebelum memulakan sesi PdPc supaya mereka sentiasa peka dengan isu semasa.
Dari manakah punca bahan-bahan yang mengandungi isu semasa?
a)      Akhbar
b)      Majalah
c)      Periodikal
d)      Newsletter
Untuk memastikan ini berlaku, pelajar harus melanggan akhbar, majalah, periodikal dan newsletter. Adakah ini boleh dilakukan oleh pelajar? Saya pernah cuba melanggan akhbar The New Straits Times tetapi ianya hanya bertahan selama beberapa bulan. Alasan pelajar ialah mereka tak mampu melanggan setiap hari dan tidak lancar membaca untuk menghabiskan isi kandungan akhbar tersebut setiap hari. Pada mereka ia agak membazir walaupun saya berjaya mendapatkan harga langganan iaitu 60 sen (separuh harga) kerana saya membuat langganan lebih 50 naskah setiap hari. Kalau ini pun mereka tidak mampu, masakan mereka mampu membeli dan membaca bahan-bahan bacaan yang lain.
         Dalam bulan November 2012, saya telah mendapat ilham dari tontonan video you tube bertajuk ‘Harness You Student’s Digital Smart’. Seorang guru dan pengarah IT dari Westwood Schools, South Georgia, USA telah berjaya meningkatkan minat dan pencapaian pelajarnya melalui internet. Beliau telah membina blog khas yang diberi nama ‘Coolcatteacher’ untuk menampung keperluan pelajar beliau di mana saja dan pada bila-bila masa. Blog ini telah memenangi The World’s Best Educational Blog.


Mengambil idea ini sebagai panduan, saya mula membina sebuah Educational Blog yang bernama muetirshadway.blogspot.com pada tahun 2013. Blog ini dibina atas keperluan pelajar untuk membaca secara meluas pada bila-bila masa dan dimana saja. Yang paling penting ialah ianya diupdate sendiri oleh penerbit dan bahan bacaannya meluas; hampir tiada hadnya!
Dari blog ini, saya memuatkan artikel-artikel yang bersangkutan dengan pendidikan dari pelbagai genre. Selain itu, saya membuat banyak pautan yang membawa para pelajar untuk menikmati bacaan yang meluas dari pelbagai akhbar tempatan dan luar negara. Pautan-pautan juga merangkumi majalah-majalah tersohor seperti Reader’s Digest, Newsweek dan Times.
Baru-baru ini, saya telah menukar alamat blog ini kepada:
roslimuetmegastation.blogspot.com

Apa yang boleh dibantu oleh blog ini dalam PdPc? Bagi saya blog ini banyak membantu dari segi perolehan bahan yang banyak dan tidak terhad penggunaannya. Sebagai contoh:


Bahan dari blog ini boleh terus digunakan sebagai bahan rujukan dan pembelajaran dalam kelas seperti dibawah ini;
  
Bahan ini boleh dieksploitasi dengan mudah sebagai ulangkaji atau soalan formatif. Gambarajah seperti di atas boleh diakses dalam pos yang dihantar pautannya kepada pelajar. Bahan-bahan relevan yang terkini boleh diperolehi dengan mudah dan boleh digunakan berkali-kali.

Contohnya, keratan dari akhbar New Straits Times ini diambil untuk tujuan pembacaan dan perbincangan.


Keratan akhbar New Straits Times boleh dieksploitasi sebagai bahan bacaan dan perbincangan. Ia juga boleh digunakan sebagai bahan untuk meningkatkan kosakata pelajar contohnya, tiga perkataan di atas. Ini dapat dilakukan tanpa menggunakan kertas. Ianya boleh dijadikan  word-file dan dihantar ke kumpulan whats application untuk dikongsi sebagai aktiviti lanjutan di luar waktu persekolahan.
Strategi W.A.L.L. (Web-Assisted Language Learning; Kajian Tindakan bagi MUET tahun 2012/2013) boleh pergi lebih jauh dari itu; pautan-pautan tambahan untuk membantu fonologi dan semantik boleh membantu pelajar semasa ketiadaan guru. Pembelajaran akan terus berlaku dengan otonomi pelajar dalam mendapatkan info dengan bimbingan dan arahan yang tepat.
  


Paparan di atas menunjukkan para pelajar boleh belajar secara online melalui (pautan) dashboard MUET sekolah.
Kepentingan Sumber Maklumat Dalam Minda
Isi atau maklumat datang dari kosakata konten (content word). Kosakata struktur pula adalah pembentuk atau struktur binaan ayat. Jika pelajar menguasai konten dengan pembacaan yang meluas, dia dengan secara tidak langsung menguasai perkataan yang banyak dalam konteks yang berbeza. Apa yang membentuk pengetahuan pelajar adalah sebenarnya ‘makna’ mengikut konteks; yakni lebih banyak maklumat yang ada dalam minda pelajar, lebih banyak bidang ilmu yang boleh dikuasainya. Penguasaan bidang pengetahuan yang luas membolehkan seseorang pelajar itu memahami kebanyakan disiplin ilmu. Maklumat atau pengetahuan adalah  perujuk semantik (semantic referrer) kepada maklumat baru yang bakal dikuasai. Apa yang ingin saya rumuskan di sini ialah, pembacaan yang meluas (quest for inquiry) adalah menjadi faktor utama kepada penguasaan maklumat asas bagi setiap bidang pengetahuan yang ingin diketahui.

        Apa pun, mencapai matlamat menyediakan bahan maklumat yang luas dan pelbagai adalah sangat kritikal dalam PdPc. Ramai guru gagal menyediakan bahan maklumat yang melimpah ruah pada pelajar. Banyak bergantung kepada buku teks atau bahan cetakan berkala menyebabkan pembelajaran agak terbantut atau kurang berkembang. Eksploitasi bahan amat terhad, renyah dan lambat. Saya masih ingat suatu ketika dulu, Berita Harian menganjurkan Program Akhbar Dalam Darjah (ADD) di mana antara lain menyediakan para pelajar dengan kaedah menggunakan keratan akhbar di dalam kelas. Bayangkanlah apabila kelas  memerlukan akhbar yang banyak untuk dikongsi dalam kumpulan. Proses menggunting dan melekatkan bahan-bahan di dalam akhbar ke dalam buku latihan memerlukan masa yang banyak dan renyah (tedious). Bahan-bahan tersebut akan lupus dan tidak boleh digunakan berulang kali. Istilah gunting dan lekat secara manual atau maujud sudah tidak relevan lagi. Pada masa kini, kaedah‘cut and paste’ secara maya lebih banyak digunakan.



















Sunday, 24 September 2017

KURANGKAN KOS PENGURUSAN PENDIDIKAN

Kita terlalu banyak berbelanja menguruskan pendidikan yang sebenarnya tidak kos effektif

Menguruskan sesebuah institusi pendidikan memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Kos penggajian atau upah kerja adalah perkara wajib yang tidak dapat dielakkan. Kos ini meningkat setiap tahun kerana setiap kakitangan awam akan menikmati kenaikan gaji mengikut kekananan atau kenaikan pangkat. Kos-kos lain yang tidak kurang juga pentingnya ialah bil-bil elektrik dan air yang mencecah ratusan ribu ringgit setiap tahun. Belanja penggunaan kertas dan penyenggaraan alatan percetakan dan komputer juga mencatat perbelanjaan hingga puluhan ribu ringgit setahun.

Kita boleh mengelak dari berbelanja berlebihan dengan beberapa strategi:

a. Elakkan pembinaan bilik-bilik tertentu di dalam pejabat supaya penyaman udara boleh di gunakan secara yang lebih optimum. Maksudnya bilik-bilik boleh digantikan dengan pembahagi-pembahagi (partitions) setinggi empat kaki. Hanya beberapa unit penyaman udara boleh digunakan untuk menggantikan jumlah penyaman-penyaman udara yang kecil dalam setiap bilik.

Contohnya:

Jika sebuah pejabat mempunyai sejumlah penyaman udara yang mempunyai 11 kuasa kuda iaitu 11,000 wat. Perbelanjaan untuk penyaman udara sahaja ialah;

11(watthour) x 0.4 (RM) x 8 (jam)  =                                                                       RM35.20 sehari.

Jumlah lampu di pejabat misalnya 20 buah dan kosnya ialah:

20 x 0.02 ( kilowatt) x 0.4 (RM) x 8 (jam)  =                                                            RM1.28  sehari.

Jumlah penggunaan kuasa di dalam pejabat sehari ialah                                          RM36.48 sehari.

Jumlah penggunaan kuasa di dalam pejabat sebulan ialah   RM36.48 x 30 =        RM1,094.40        

Lagi contoh:

Sebuah kelas mempunyai 12 lampu (20 watt setiap satu) dan 3 kipas angin (40 watt setiap satu)
Jadi setiap kelas akan menggunakan kuasa sebanyak:

12 x 0.02 (kilowatt) x 8 (jam) x 0.4 (RM seunit)   =                                                 RM0.77
3   x 0.04 (kilowatt) x 8 (jam) x 0.4 (RM seunit)   =                                                 RM0.38

Jumlah penggunaan kuasa di dalam sebuah kelas sehari ialah                                  RM1.15

Jumlah penggunaan kuasa di dalam 32 buah kelas sehari ialah  RM1.15 x 32 =      RM36.80

Jumlah penggunaan kuasa di dalam 32 kelas sebulan ialah    RM36.80 x 30 =      RM1,104.00

Jadi kos untuk menguruskan sebuah pejabat ialah 32 kali ganda menguruskan sebuah kelas!

Monday, 7 August 2017

Transformasi Sekolah-sekolah



Pengupayaan sekolah sebagai institusi yang mempunyai otonomi

Oleh: Mohd Rosli bin Saidin (15 Januari 2017)

Sebagai seorang pendidik, sepanjang cuti sekolah yang lalu saya telah banyak berfikir tentang peranan sekolah sebagai sebuah instiusi di mana pelbagai aktiviti yang yang berkaitan dengan dengan pendidikan berlaku. Sekolah bukan sahaja sebuah tempat di mana berlakunya pengajaran dan pembelajaran bahkan sekolah juga boleh diupayakan untuk menjadi  pusat berlakunya inovasi pendidikan dan penghasilan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang bermutu.
Selama ini sekolah hanya menjadi pusat aktiviti pengajaran dan pembelajaran manakala penghasilan bahan-bahan seperti buku-buku dan modul-modul dihasilkan oleh syarikat-syarikat penerbitan swasta dan universiti. Tak cuckup dengan itu, sekolah lebih merupakan pelaksana falsafah dan pelan pendidikan yang telah dirancang oleh bahagian perancangan induk di Kementerian Pendidikan dan Pusat Perkembanagan Kurikulum. Kita pada hakikatnya memang maklum dan arif tentang sukatan pelajaran bahagian masing-masing. Ujudnya sukatan pelajaran adalah hasil perbincangan para cerdik-pandai pendidikan di institusi-institusi pendidikan di seluruh negara. Oleh itu sudah tiba masanya kita menulis, menyusun dan menerbitkannya sendiri. Kosnya tidaklah perlu difikirkan sangat kerana ianya amat murah!
Seorang pendidik yang berpengalaman boleh menghasilkan mushaf ilmu yang relevan dan berkesan jika diberi latihan yang cukup tentang penerbitan. Kita tidak hanya bercakap tentang buku yang diperbuat daripada kertas yang dijilid tetapi buku-buku elektronik yang boleh dibaca dan diakses di mana-mana sahaja. Sebuah buku elektronik di alam siber boleh diakses, dibaca dan diekslpoitasi isinya serta boleh dikongsi dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia! Bunyinya hebat tetapi ianya benar!
Berbalik kita kepada soal sekolah menjadi pusat penghasilan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran. Langkah pertama ke arah ini adalah dari Jawatankuasa Kurikulum sekoah melalui Panitia Mata pelajaran masing-masing. Jawatankuasa Kurikulum boleh memulakan inisiatif mengadakan bengkel-bengkel penghasilan bahan-bahan pembelajaran yang bermutu. Bahan-bahan yang dihasilkan boleh dicetak sekali sahaja untuk simpanan rujukan dan arkib. Naskah-naskah seterusnya hendaklah dimuatnaik ke dalam laman web atau blog yang yang kapasitinya disokong oleh Google drive atau Google cloud yang boleh diakses melalui komputer riba, tablet, desktop atau telefon pintar.
Faktor gaya hidup kini telah menyebabkan kita lebih banyak berdamping dengan telefon bimbit daripada buku-buku atau bahan cetakan. Oleh itu untuk mendekati Generasi Z ini, kita perlu menurut gaya hidup mereka. Sekolah boleh menjadi agen kepada pembangunan bahan PdP (yang sekarang ini disebut sebagai PdPC) melalui maklumbalas yang diterima oleh PPD dan JPN. Pembangunan sekolah akan lebih komprehensif dan berhalatuju. Keperluan sekolah akan ditanggung oleh warga sekolah itu sendiri mengikut apa yang telah dirancang contohnya:

1.0     Pembangunan Akademik
1.1    Binaan bahan pengajaran dan pembelajaran
 -          Cetakan
 -          Maya
1.1.1        Cetakan  – modul/panduan (comb-binding)
    --soalan-soalan
            1.1.2     Maya      --modul/panduan (laman web atau blog)
                                         --soalan-soalan

            2.0   Pembangunan Ko-akademik
            2.1   Binaaa bahan-bahan aktiviti etos iaitu modul ucap umum dalam Bahasa Melayu, Bahasa
                    Arab dan Bahasa Inggeris
            2.1.1  Cetakan      - modul/panduan
                                         - contoh-contoh teks
            2.1.2   Maya         - modul/panduan
                       - Contoh-contoh teks

Sunday, 23 July 2017

21st Century Learning - The Future Education

21st Century Learning - The Future Education

Presented by: Nur Aisyah Mohamad Hadi, Nur Aisyah Jamsari Hussain, Nor Hazwani Mohamad and Nurul Izzati Iman Shafiee
at Co-academic Carnival held at Kolej Tingkatan Enam Hj, Zainul Abidin on 12 August 2017 

Some of us might be wondering what is it like to learn in years ahead of us?: Will there be books. Will there be classrooms? Or the most unpredictable one; will there be teachers?

Some of these questions have already been answered partially. The presence of online materials like e-books, e-magazines and e-newsletters have replaced printed materials on paper. The logical arguments will be a few that I have listed down here:


a)      Easily accessed

b)      Convenient

c)      Exploitable

d)      Economical



It is my privilege to explain each one.

 


Easily accessed means online materials can be accessed anywhere, anytime. A student would be able to read these materials by just keying in the address codes, and ‘BANG!’ the materials would be right in front of his eyes and on top of that he could use any electronic gadgets he fancies.


Materials online are convenient to use. Apart from being readily accessible, they do not have to come in files of paper. A student need not carry huge volume of materials like books or research scripts around to study or for references.


Web materials are extremely exploitable. One could just browse through the webs for appropriate articles to download. Then. They could be edited to suit his needs. He could use other parts of the materials for varied purposes.

Undoubtedly, the internet provides huge volume of information dirt cheap! The users do not have to keep them in hard copies. Keeping hard copies will incur heavy expenses.

I am sure everybody here agrees that the whole files of information can be conveniently packed in a storage device which is only the size of a thumb! I was informed that my school has been keeping all sorts of files like words, excell, jpeg, videos and others in a tiny thumb drive of 16GB for more than ten years and it costs only a little more than RM20.00. This one is equivalent to more than a ton of paper!

We are currently overwhelmed by the fact that we should have proper arrangement of the classroom so that each student will interact effectively among them making learning fun and collaborative; some of the elements listed as revolutionarised pedagogy. That is so much to do with the physical aspect of the classroom. For your information, a school could also be a virtual one or in other words, electronically set up through for example, video conferencing, podcasts, blogging or simply; the simple, fast and versatile what’s application or telegram.

 

The school members could be scattered everywhere and at different times and settings but each could be reached through electronic gadgets almost instantly. It is in fact more effective responding to the students after school via e-mail, facebook or twitter; all meant for the students to be engaged with their lessons or tutorials. Thanks to Mark Zuckerberg for his facebook, Bill Gates for his Microsoft and not least worth mentioning, Apple Incorporation for their amazing computer operating system. The web traffic is extremely busy with numerous crisscrossing of information or data. All one has to do is tap and exploit them, and the world is virtually at our fingertips.

One may wonder; if the world-wide web is the powerhouse of information, what would the teacher’s role be? Yes, our dear teachers would facilitate learning. Their job is to get the students fully engaged in the learning process. A student could be individually engaged in a task while others have their own to attend to. Apart from that a task could be shared in collaborative or co-operative learning; all meant to get the students explore or discover knowledge.

The 21st Century Learning embraces student-centeredness in education; the essence of future education. We have to follow the wind of change. If not, what would become of us? The student resort to googling most of the time for references. If a teacher is still teaching, less would listen and more would fall asleep. If a teacher guides and inspires, she is guaranteed to have students who would follow her.  Before I conclude my sharing, let me ask you two questions:

a.  If you are a teacher, would you say 'yes' to 21st Century Education?

b. If not, what are your reasons?

 

Thank you.


Monday, 12 June 2017

DOING THE MORE IMPORTANT THING OR THE PRIORITY

Are we doing the essential thing in our work or otherwise?

Lately we, teachers find that we are confronting with avalanches of clerical work which we should not in the first place. The problem arises since the educational administration has been handled by administrative champions who are more handy with administrative data and tabulations. Now, let me turn the game into a simpler one: We are doing work for other people who are pursuing their administrative mileage. Am I delivering it clear now?


Are teachers professional file keepers?
Give me a break, will you?
 
Teachers need not commit themselves to the administrative workload. The administration has got to make it clear though.
 
 
 
 
 
 
 

Thursday, 9 February 2017

PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY - Articles to Digest

The First Batch of Material for Professionals in Al-Irshad  for Professional Learning Community Programme
The Arena February 6, 2017 Issue

* Dr Travis Bradberry is one of my influencers in linkedin. He is an accomplished writer who has written books on EQ and also the President at Talent Smart
The purpose of uploading the newsletter to this blog is to minimize the cost of printing
and for others to enjoy reading it online!

















The Second Batch of Material for Professionals in Al-Irshad for Professional Learning Community Programme
The Arena February 13 , 2017 Issue


Dr. David Franklin, CEO of The Principal’s Desk, is an experienced school administrator, education professor, curriculum designer, and presenter. Dr. Franklin has presented at national and international education conferences as is available for school and district professional development sessions.

















The Arena March 5 Issue









The Arena, September 18 Issue
The production of Arena had been postponed until September due to some
unavoidable circumstances